US269: Kompos Hampas Kelapa

Muhammad Alif Aiman Bin Rozali KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN TELUK INTAN

Penggunaan Baja organik semakin mendapat perhatian dalam sektor pertanian kerana keberkesanannya dalam meningkatkan kualiti tanah dan hasil tanaman.Salah satu sumber baja organik yang berpotensi ialah kompos hampas kelapa yang terhasil sebagai sisa buangan daripada industri pemprosesan kelapa.Pembuangan sisa hampas kelapa yang tidak terurus boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran sumber organik. Hampas kelapa boleh diolah menjadi bahan organik. Campuran hampas kelapa dengan bahan organik lain dapat meningkatkan kesuburan tanah dan hasil tanaman.Bahan organik ini boleh meningkatkan aktiviti mikroorganisma, meningkatkan keupayaan tanah untuk menyimpan air dan nutrien. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan kompos hampas kelapa dalam penanaman jagung manis secara konvensional.Sebanyak 2 kumpulan kajian akan diuji iaitu 15 sample Replikasi R0 dan 15 sample R1.Kumpulan R0 merupakan kumpulan yang hanya mengikut prosedur standard penanaman.Kumpulan R1 pula adalah kumpulan kajian yang dimanipulasi dengan pemberian baja tambahan kompos hampas kelapa dan standard penanaman.Sepanjang tempoh kajian yang dijalankan selama 70 hari dengan melibatkan pemberian baja sebanyak 4 Kali pemberian. Sebanyak 4 Kali pemberian baja tambahan kompos hampas kelapa diberikan pada sample R1 iaitu sebanyak 225g/pokok yang dijalankan pada hari penanaman ke 8,22,36  dan 50.Parameter kajian yang di ambil pada tanaman ialah pH tanah pada HLT 17,24,31,38,45,52 dan 59.Berat hasil dan kemanisan hasil diambil pada HLT 70 bagi kedua-dua sample replikasi.Purata analisis data bagi pH tanah untuk replikasi 1  ialah diantara 5.6-5.9,manakala untuk kawasan ialah 5.4-6.0. Seterusnya,data analisis purata bagi berat R1 ialah  431g dan R0 369g.Akhir sekali bagi data kemanisan hasil ialah 14.9 Brix bagi R1 dan 14.8 Brix bagi R0. Hasil data analisis kajian menunjukkn bahawa penggunaan baja tambahan kompos hampas kelapa dalam penanaman jagung manis menstabilkan purata pH tanah, mempengaruhi berat hasil dan mempengaruhi tahap kemanisan Brix hasil.Jumlah kompos yang memberikan hasil terbaik ialah 225g yang diberikan pada 2 Kali seminggu penanaman. Kompos hampas kelapa mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil tanaman serta memperbaiki kualiti tanah.