EX330: INOVASI ED-HaD@B

MOHD NAZMI BIN JAAFAR SEKOLAH KEBANGSAAN DEMANG TAHA MELAKA

MIIX25 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 15 times | LS: 15.0
Like it? | Support them now!

Pendekatan yang komprehensif dalam pendidikan pencegahan dadah di sekolah membantu murid mengetahui dan membuat keputusan yang bijak bagi mengelakkan penyalahgunaan bahan. ED-HaD@B merupakan bahan bantu mengajar berkonsepkan papan permainan pendidikan bagi subjek Pendidikan Kesihatan. Penggunaan inovasi eD-HaD@B mewujudkan pengalaman pembelajaran interaktif, hands on dengan mendorong murid terlibat secara aktif melalui aktiviti, perbincangan serta penggunaan teknologi untuk meningkatkan pemahaman mereka dalam topik yang dipelajari. ED-HaD@B merupakan singkatan kepada Eksplorasi E-learning Dam Haji Dadah Arab Bahasa Melayu Bahasa Inggeris. ED-HaD@B bertujuan meningkatkan penguasaan dan pengetahuan murid dalam subjek pendidikan kesihatan merentas 3 bahasa iaitu Arab, Inggeris dan Melayu. ED-HaD@B dilaksanakan dengan menggunakan model kajian tindakan adaptasi Kemmis dan McTaggart (1988) dan mengaplikasikan Teori Kognitif Zon Perkembangan Proximal, Teori Konstruktivisme Sosial dan Kognitif. Penerapan konsep gamifikasi dalam inovasi ini memotivasikan murid untuk memahami penyalahgunaan bahan selari dengan Teori Motivasi Dua Faktor Herzberg 1966. ED-HaD@B boleh dimainkan secara manual mahupun secara digital canva. ED-HaD@B juga turut mendukung aspirasi eco green dengan menggunakan bahan dahan terbuang, mudah dibawa dan digunakan. Terdapat peningkatan pemahaman yang tinggi dalam kalangan murid berkaitan topik penyalahgunaan bahan. Inovasi ini telah didaftarkan hak cipta dengan nombor pendaftaran CRDV2025M01669. Telah disebar luas di peringkat antarabangsa, kebangsaan, kursus-kursus bersama IPG, AADK, PDRM dan sekolah rendah dan menengah di Malaysia