US261: EMERGENCY LIGHT DISTRIBUTION BOARD
Alif Najmi Bin Abdullah NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
EMERGENCY LIGHT DISTRIBUTION BOARD
Noble School City Campus
Abstrak
Emergency Light Distribution Board (ELDB) merupakan satu sistem pengagihan bekalan kuasa
yang direka khas untuk memastikan lampu kecemasan berfungsi secara berterusan semasa
gangguan bekalan elektrik utama. Dilengkapi dengan pelbagai peranti perlindungan seperti
RCBO 20A/0.01A, RCCB 100 mA dan RCCB 30 mA bagi meningkatkan tahap keselamatan
terhadap kebocoran arus dan litar pintas. Selain itu, penggunaan MCB C10 dan MCB C20
berfungsi sebagai perlindungan lebihan arus untuk litar tertentu, manakala Main Switch 40A
digunakan sebagai suis utama sistem. Digital AC Voltage Meter dipasang bagi memantau voltan
bekalan masuk, sementara Rocker Switch 3 Pin membolehkan kawalan manual operasi lampu
kecemasan. Keseluruhan komponen dipasang di dalam Distribution Box Metal bagi memudahkan
pemeriksaan dan penyelenggaraan. Reka bentuk Emergency Light Distribution Board (ELDB) ini
sesuai digunakan di bangunan komersial dan institusi bagi meningkatkan tahap keselamatan dan
ekosistem kepada pengguna.