US171: UniCure Smartwave System

TC. MUHAMMAD YUSUF BIN RAMBELI TVETMARA JOHOR BAHRU

Unicure Smartwave system atau lebih dikenali sebagai UCSS adalah sebuah produk yang dicipta khas untuk proses pemanasan rata pada benda kerja.Program Diploma industri Siapan Logam merupakan salah satu program yang terdapat di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru atau sekarang dikenali sebagai TVET MARA Johor Bahru.Pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis pembelajaran dalam penyaduran ,dan salah satu pembelajarannya ialah proses pengamplasan dan kemasan logam.Salah satu komponen kerja yang paling utama ialah Emery Wheel dimana komponen ini harus disaluti dengan sebuah bahan yang dipangil Tosa Emery Cement sebelum di lapiskan dengan serbuk emery.Masalah terjadi apabila mesin yang sediada untuk proses pemanasan telah rosak dan tidak dapat berfungsi lagi. Harga tidak ekonomik untuk pembaikian kerana kos pembaikian memerlukan peruntukan kewangan hampir belasan ribu.Timbul kekangan pada pelajar untuk melakukan proses seterusnya,dan terpaksa menggunakan kaedah yang lain seperti menjemur dibawah cahaya matahari yang mengambil masa sehingga 8 jam untuk kering.Permasalahan ini telah menyebabkan operasi pembelajaran amali pelajar terganggu dan merugikan masa seharian mereka.Hasil dari masalah itu terjadilah produk yang dipanggil UCSS.UCSS adalah sebuah mesin yang dapat memberi kecepatan pemanasan dan mebolehkan sebuah emery wheel mengering dalam tempoh 10 -15 minit sahaja serta mempunyai sistem IoT yang mampu memantau suhu mesin pada setiap masa melalui telefon pintar.Penggunaan kos yang rendah adalah titik permulaan bagi penghasilan UCSS ini.Dengan adanya UCSS ini ,sekali gus telah mengantikan pengunaan mesin yang sediada kepada mesin yang lebih effisien dan mesra penggunaanya.