HS203: JICAMA YOGURT PANNA COTTA

Nurul Najihah Binti Nizam KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Jicama Yogurt Panna Cotta diilhamkan daripada sengkuang dan bunga telang yang dijadikan sebagai perasa dan bahan pewarna .  Sengkuang kebiasaannya terkenal dengan “ sengkuang calit “ . Pada masa ini , sengkuang dapat membantu pelbagai masaalah kesihatan oleh kerana pelbagai kandungan yang baik di dalam sengkuang tersebut. Khasiat sengkuang ini meliputi banyak aspek kesihatan termasuklah kepada penghidap diabetes atau penyakit kencing manis. Seterusnya , sengkuang tinggi dengan antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan sel-sel badan akibat tekanan oksidatif . Tambahan pula , ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan kerana sengkuang tinggi dengan air & serat . Seterusnya sengkuang mempunyai rasa manis & berkanji yang sesuai dinikmati oleh setiap peringkat umur . Objektif inovasi ini ialah untuk memperkenalkan keunikan rasa yang mempunyai kelainan daripada panna cotta yang dijual di pasaran . Tambahan pula , sengkuang jarang digunakan dalam dessert atau produk pastry . Selain itu , produk yang diinovasikan ini dapat diterima oleh Masyarakat dengan keunikan rasa produk .