US240: JIG PEMERIKSA PAIP

WAN MUHAMMAD FAIZ HAKIMI BIN WAN ROSDEE KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

Inovasi ini adalah Jig Pemeriksaan Paip, alat untuk mengesan kecacatan kimpalan pada paip berdiameter 2 hingga 8 inci. Dilengkapi dengan kamera mini beresolusi tinggi yang disambung ke telefon pintar atau paparan luaran, ia memudahkan pemeriksaan visual. Jig ini juga mempunyai sistem landasan laras untuk memutar paip 360 darjah dan penahan sisi untuk menstabilkan paip semasa pemeriksaan. Reka bentuk kompak dan mudah alih sesuai digunakan di bengkel latihan. Dibina menggunakan bahan logam ferus berkualiti dan diuji dengan teknik NDT seperti Dye Penetrant Test untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan alat.