HS173: CITRON PASTE

SITI RUKHINA BINTI SAPUAN KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK

MIIX25 | High School Innovator

CR: 0.3600 | 9 Likes | 25 Views | 12 times | LS: 24.2
Like it? | Support them now!

Citron paste adalah produk pes masakan yang diperbuat 100% daripada kulit buah sitrus iaitu oren, limau, dan lemon. Walaupun kulit buah sitrus sering dibuang kerana rasanya yang pahit, namun kulit buah sitrus ini mengandungi pelbagai Asphytochemical bermanfaat termasuk limonene, bioflavonoid, vitamin C, dan kalium, yang membantu menyokong kesihatan jantung, kesihatan mulut, dan metabolisma badan. Kajian ini bertujuan untuk mengolah kulit buah. Sitrus menjadi pes masakan yang berkualiti dan pelbagai guna. Dua kaedah kajian digunakan dalam penghasilan produk ini. Kaedah pertama, eksperimentasi untuk menghasilkan pes dengan rasa, tekstur dan aroma yang sesuai. Kaedah kedua, melalui ujian makmal oleh pihak MARDI untuk menentukan fakta nutrisi produk. Hasil daripada eksperimentasi menunjukkan produk tidak memuaskan pada percubaan pertama dan kedua, namun selepas menumis pes dengan sedikit minyak pada percubaan ketiga, pes tersebut menunjukkan ketahanan jangka panjang. Produk ini memanfaatkan sisa makanan dan menawarkan alternatif mesra alam dalam masakan, menggantikan buah sitrus dalam pelbagai hidangan.