NUR SYAMIMI SUHAILAH BINTI SULAIMAN KOLEJ VOKASIONAL TAWAU
Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan produk Makeup Remover Balm yang berasaskan kulit limau purut atau di kenali sebagai Cleansing Balm. Penghasilan produk ini dapat menyelesaikan masalah kulit berminyak. Dalam kajian ini, pengkaji akan menghuraikan dengan lebih jelas mengenai projek yang telah dihasilkan. Bermula daripada mengenal pasti masalah yang telah dihadapi dan mencari potensi untuk mengaitkan permasalahan tersebut dengan objektif kajian yang diperoleh oleh pengkaji melalui penghasilan produk ini. Terdapat banyak produk kecantikan di pasaran yang mengandungi bahan kimia yang berlebihan dan mengabaikan kepentingan penggunaan Makeup Remover yang berkesan. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan Makeup Remover Balm berasaskan kulit limau purut yang akan digunakan oleh wanita berumur 16 hingga 20 tahun. Bagi mengkaji tahap kepuasan pelanggan, pengkaji menerangkan aspek-aspek yang mempengaruhi keberkesanan produk terhadap pengguna dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dengan menggunakan kedua-dua kaedah tersebut, kajian ini dapat mengukur harga yang mampu milik. Pengkaji juga dapat melihat keberkesanan penggunaan produk terhadap responden. Setelah penambahbaikan dilakukan pada produk, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik dan mencari testimoni bertujuan untuk melihat perubahan selepas menggunakan Bergamot Makeup Remover Balm. Terdapat 30 orang responden yang terlibat secara langsung dalam kajian ini. Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual skor dan peratusan beserta interpretasi. Dapatan kajian ini dapat membantu pengkaji dalam menarik minat pelajar Kolej Vokasional Tawau untuk menggunakan Bergamot Makeup Remover Balm dan seterusnya memperkukuhkan penghasilan produk ini di peringkat pasaran komersial.