US79: TOMATO CLEANSING BALM

AZAKIYA BINTI SAHIBU KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan produk Tomato Cleansing Balm sebagai pembersih solekan berasaskan bahan semula jadi untuk penjagaan kulit wajah, khususnya bagi remaja berumur 16 hingga 17 tahun. Tomato dipilih kerana kandungan sebatian bioaktif yang tinggi seperti likopena, vitamin C dan antioksidan yang berpotensi memberikan kesan pembersihan, melindungi kulit daripada radikal bebas, serta membantu mengekalkan kesihatan kulit. Metodologi kajian melibatkan proses penyediaan ekstrak tomato dan formulasi cleansing balm menggunakan bahan asas seperti shea butter, beeswax dan minyak zaitun. Responden kajian terdiri daripada pelajar Program Kosmetologi di Kolej Vokasional Tawau, dengan beberapa orang pelajar dipilih sebagai pengguna testimoni. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tomato Cleansing Balm berpotensi membersihkan solekan dengan berkesan, mengurangkan kotoran dan minyak berlebihan, serta memberikan rasa bersih dan selesa pada kulit selepas penggunaan. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan inovasi produk kecantikan semula jadi yang selamat, mesra alam dan menjimatkan kos, serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap penggunaan bahan botani dalam penjagaan kulit.