US25: Doc2Go

SYARIFAHNOR AMINAH BINTI ALWI Kolej Vokasional Sepang

DOC2GO ialah sebuah sistem pengurusan penghantaran digital yang dibangunkan bagi menangani ketidakcekapan dalam proses penghantaran dokumen dan barang secara manual, seperti masa penghantaran yang lama, kekurangan sistem penjejakan, dan kaedah pembayaran yang tidak efisien. Objektif inovasi ini adalah untuk menyediakan platform penghantaran yang lebih pantas, sistematik, dan mesra pengguna untuk pengguna, courier, dan pentadbir. Sistem ini dibangunkan menggunakan pendekatan berasaskan web yang membolehkan pengguna membuat tempahan penghantaran, melakukan pembayaran dalam talian, dan menjejaki status penghantaran secara masa nyata. Ciri utama sistem ini termasuk penjejakan lokasi masa nyata, pengurusan data berpusat, pemprosesan pembayaran bersepadu, serta pengurusan courier yang tersusun. DOC2GO berpotensi meningkatkan kecekapan operasi, kepuasan pengguna, mengurangkan kesilapan manual, dan memodenkan pengurusan penghantaran khususnya dalam persekitaran institusi dan penghantaran berskala kecil.