Ts. MUHAMMAD NURHAZIQ BIN JUNAIDI KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
Projek Smart Miniature Building ini dibangunkan sebagai model bangunan pintar berskala kecil yang mengintegrasikan tiga sistem utama iaitu Programmable Logic Controller (PLC), sistem automasi KNX dan sistem tenaga solar sebagai sumber sokongan. Tujuan projek ini adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan tenaga serta kawalan operasi bangunan secara automatik dan sistematik.
Dalam projek ini, PLC digunakan untuk mengawal sistem paras tangki air secara automatik. PLC akan mengesan paras air melalui sensor dan mengaktifkan pam air apabila paras rendah serta menghentikan operasi apabila tangki penuh. Sistem KNX pula digunakan bagi kawalan lampu dan soket elektrik, membolehkan operasi hidup/mati dilakukan secara automatik atau manual dengan lebih efisien dan fleksibel. Selain itu, sistem solar diaplikasikan sebagai sumber tenaga sandaran yang akan berfungsi sekiranya bekalan elektrik utama daripada Tenaga Nasional Berhad terputus.
Integrasi ketiga-tiga sistem ini membolehkan bangunan beroperasi secara pintar, menjimatkan tenaga serta memastikan kesinambungan bekalan elektrik dalam situasi kecemasan. Hasil projek ini menunjukkan bahawa gabungan teknologi automasi dan tenaga boleh diperbaharui mampu menyokong pembangunan sistem bangunan yang lebih cekap, selamat dan lestari.