NUR AIN IZZATI BT RAZMANIZAM SAM PARIT BARU
Type Your
Kad Mahir 310 merupakan set kad yang dibina dalam bentuk fizikal dan digital bagi memudahkan murid memahami konsep Al-A’dad Wal Ma’dud bilangan 3 hingga 10 dalam Bahasa Arab. Al-A’dad Wal Ma’dud merupakan salah satu tajuk asas dalam tatabahasa Arab yang berkaitan tentang bilangan (Al-A’dad) dan sesuatu yang dibilang (Al-Ma’dud). Idea mengintegrasikan niat solat dan Al-A’dad Wal Ma’dud tercetus kerana melihat niat solat fardu yang terdiri daripada Solat Zohor, Maghrib, Asar dan Isyak mempunyai hubungan yang erat dalam kehidupan murid. Pemilihan 4 waktu solat ini amat bertepatan dengan konsep Al-A’dad Wal Ma’dud bilangan 3 hingga 10, iaitu 3 rakaat bagi solat Maghrib dan 4 rakaat bagi solat Zohor, Asar dan Isyak. Model niat solat ini boleh dijadikan contoh dan panduan kepada murid untuk menggunakan kaedah Al-A’dad Wal Ma’dud dalam membina ayat yang sempurna dan gramatis.