ABDUL RAFI BIN ABDUL KARIM SK DAMANSARA UTAMA
Projek “Bendangku Identitiku” merupakan inisiatif pertanian bandar oleh guru dan murid sekolah rendah SK Damansara Utama yang meneroka potensi penanaman padi di kawasan bandar Damansara Utama. Projek ini mengintegrasikan prinsip sains pertanian seperti penggunaan tanah selain tanah aluvium serta menggunakan air paip. Melalui pendekatan inkuiri dan Project-Based Learning (PBL), murid mengenal pasti cabaran persekitaran, menjalankan eksperimen, dan membentangkan inovasi penanaman padi. Hasil kajian menunjukkan penanaman padi secara lestari di bandar adalah berdaya maju, sekaligus membina kesedaran terhadap keselamatan makanan dan keterlibatan komuniti.