JS407: Kad Kat Mana Tu Versi 2

Anis Hadirah Binti Sulaiman Sekolah Kebangsaan Abdullah

MIIX25 | Junior School Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 25 Views | 12 times | LS: 12.0
Like it? | Support them now!

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang memberi cabaran besar kepada pelajar 
sekolah rendah. Tidak semua pelajar boleh menguasai setiap topik dalam matematik,
termasuk topik koordinat. Berdasarkan kajian awal yang dijalankan ke atas sejumlah murid
Tahun 4 mendapati sebahagian murid masih terkial-kial untuk memahami tajuk ini,
walaupun ia dianggap agak mudah. Topik ini hanya memerlukan pelajar untuk menentukan nilai
pada paksi-x dan paksi-y untuk mewujudkan koordinat. Walau bagaimanapun, pelajar sering
melakukan kesilapan dalam merekodkannya dalam format koordinat yang betul atau menandakannya
pada kedudukan yang tepat. Pelajar biasanya bergelut untuk menentukan yang mana satu
paksi-x dan yang mana satu paksi-y. Kekeliruan ini menyebabkan ramai pelajar gagal menjawab
topik ini dengan baik. Oleh itu, projek inovatif ini bertujuan untuk menangani permasalahan
ini sebagai alat bantu kepada pelajar dalam mempelajari dan menjawab topik ini. Kat Mana Tu
versi 2 direka untuk menangani isu ini. Bahan yang digunakan untuk mencipta kad ini boleh
mengurangkan sisa dan menggalakkan kitar semula. Kos yang terlibat adalah berpatutan dan
boleh diakses dengan mudah oleh semua pelajar, menjadikannya mesra pengguna. Kerjasama
dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Melaka telah
dijalankan bagi meningkatkan keberkesanan produk ini. Kajian Pra dan Pasca telah dijalankan
dalam kalangan 26 orang murid SK Abdullah dan menunjukkan tahap penguasaan dalam kalangan
murid adalah meningkat. Beberapa pengubahsuaian akan dibuat, seperti mengubahnya menjadi
penanda halaman dan melaraskan ciri dalam kad untuk menjadikannya boleh digunakan untuk
semua bahagian dalam masalah koordinat.