AZRUL HAFIZ BIN KAMARUDIN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
Penguasaan bahasa Arab adalah penting kerana bahasa ini merupakan bahasa ilmu dan bahasa komunikasi kini. Namun, terdapat isu seperti kekurangan kosa kata dan kurang minat pelajar akibat kaedah pengajaran yang tidak menarik. Modul inovatif ini direka untuk menyelesaikan cabaran tersebut melalui aktiviti berkumpulan, interaksi aktif, dan aktiviti menyeronokkan. Pendekatan ini meningkatkan motivasi pelajar, memperkukuhkan kosa kata, dan memudahkan pembelajaran melalui pengalaman yang bermakna. Modul ini menawarkan pendekatan interaktif yang menyokong usaha memperkasa pendidikan bahasa Arab serta memberi impak positif terhadap minat dan pencapaian akademik pelajar.