NOR HAFIZAH BINTI ABU KOSHIN KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
Kajian ini membincangkan penghasilan Bio-Musana menggunakan hasil sisa bonggol pisang sebagai baja dan campuran dalam media penanaman yang memberi manfaat kepada tumbuhan. Tujuan utama penghasilan Bio-Musana adalah meningkatkan hasil penanaman dalam masa yang singkat dan memperkukuh struktur fizikal dan akar pokok agar lebih stabil dan kuat. Kajian ini dijalankan bagi penghasilan baja Bio-Musana menggunakan sisa bongkah cendawan yang dihancurkan, dedak padi, serta bonggol pisang yang dicincang halus dan campuran EM (Effective Microorganisms) yang dihasilkan daripada campuran susu dan air beras, yang diperam bersama bonggol pisang serta molases selama 14 hari menunjukkan hasil yang lebih banyak serta penghasilan bunga yang lebih awal berbanding campuran sisa bongkah cendawan, bonggol pisang dan tinja lembu. Kajian yang lebih mendalam hendaklah dijalankan dalam tempoh yang lebih panjang dan saiz sampel yang lebih banyak data tentang penggunaan dua jenis baja terhadap tanaman Solanum Melongena. Inovasi baja Bio-Musana ini mesra alam, kos efektif dan mudah dihasilkan, sekali gus menyokong pertanian lestari dan pengurusan sisa sifar.