BAZILAH BINTI DAUD SMK PANGLIMA GARANG ABDUL SAMAD
Inovasi ini memperkenalkan sistem penyiraman tanaman berasaskan tenaga solar yang memanfaatkan sumber air dari parit terbiar sebagai alternatif lestari untuk pengairan. Sistem ini direka bentuk bagi menyelesaikan isu kekurangan air, kebergantungan kepada tenaga elektrik, keselamatan dan kesihatan pelajar semasa proses penyiraman air kepada tanaman.
Projek ini menggunakan panel solar, tenaga matahari yang ditukarkan kepada tenaga elektrik akan menggerakkan pam air automatik. Air dari parit terbiar yang sebelum ini tidak digunakan disalurkan ke tanaman secara berkala melalui sistem paip dan pemasa pintar. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran sumber air, malah membantu mengaktifkan semula ekosistem mikro di sekitar parit.
Reka bentuk sistem ini menekankan aspek kecekapan tenaga, kemudahan penyelenggaraan, kos operasi yang rendah dan juga menjaga keselamatan daripada jatuh ke dalam parit dan juga kesihatan yang terjamin dengan mengelakkan kaedah ergonomik mengangkat air dengan tidak betul. Inovasi ini juga menyokong matlamat pembangunan mampan dengan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan sumber air secara bijak.
Secara keseluruhan, inovasi ini menawarkan penyelesaian pintar dan mesra alam untuk sektor pertanian, sambil memperkasakan komuniti dengan teknologi hijau yang praktikal dan berimpak tinggi.