Umira Binti Abd Gani NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
SERUNDING MANGGA MUDA: PRODUK INOVASI BERASASKAN BUAH
TEMPATAN.
Noble School City Campus
Abstrak
Kajian ini bertujuan membangunkan produk inovasi makanan iaitu serunding mangga
muda dengan menggunakan mangga muda sebagai bahan utama. Objektif utama
penghasilan produk ini adalah untuk menghasilkan serunding yang mempunyai rasa
unik gabungan masam, manis dan pedas serta mempunyai jangka hayat simpanan
yang lebih lama tanpa penggunaan bahan pengawet. Dalam kajian ini, mangga muda
diproses dengan cara disagat halus dan dimasak bersama bahan seperti bawang, cili
kering, gula dan rempah ratus sehingga mencapai tekstur kering dan berserat.
Proses penghasilan menekankan teknik memasak yang betul bagi memastikan
serunding tahan lama serta mengekalkan kualiti rasa dan aroma. Penambahan bahan
seperti ikan bilis turut digunakan untuk meningkatkan rasa dan nilai pemakanan
produk. Beberapa pengujian dijalankan bagi menilai aspek sensori seperti rasa, bau,
tekstur dan penerimaan pengguna terhadap produk yang dihasilkan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa serunding mangga muda berjaya dihasilkan
dengan kualiti yang baik serta mendapat penerimaan yang positif dalam kalangan
pengguna. Produk ini juga berpotensi untuk dikomersialkan sebagai makanan inovatif
berasaskan buah-buahan tempatan yang mempunyai nilai tambah dari segi rasa dan
khasiat.
Kata Kunci: Serunding mangga muda, inovasi makanan, mangga muda