US399: PIZA GULAI MAMAN

HANI HAZWANI BT MOHD PAZAI KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

Inovasi makanan memainkan peranan penting dalam memperkaya kepelbagaian kuliner tempatan serta menambah nilai terhadap warisan budaya. Kajian ini memperkenalkan satu gabungan unik antara makanan barat dan tradisional Melayu, iaitu Piza Gulai Maman. Piza ini menggabungkan doh piza Itali dengan inti dan sos yang diinspirasikan daripada hidangan tradisional Negeri Sembilan, gulai maman – sejenis gulai berasaskan santan yang dimasak dengan daun maman dan bahan protein seperti daging salai atau ikan masin. Objektif utama inovasi ini adalah untuk memodenkan makanan tradisional agar lebih diterima oleh golongan muda dan pelancong antarabangsa, sambil mengekalkan identiti rasa tempatan. Hasil penghasilan produk mendapati bahawa Piza Gulai Maman mampu menawarkan pengalaman rasa yang unik melalui keseimbangan tekstur doh, rasa pedas-lemak kuah gulai, serta aroma daun maman yang tersendiri. Inovasi ini berpotensi diketengahkan sebagai menu khas di restoran fusion atau acara promosi makanan warisan.