NUR HAFIZA BINTI AMIR KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
Proses penapisan air sangat penting untuk mengurangkan kotoran yang terdapat dalam air. Penapis air merupakan sistem yang direka untuk membersihkan air daripada sisa kotoran, bahan kimia, dan mikroorganisma yang tidak diingini, bagi memastikan air yang dihasilkan selamat dan berkualiti untuk ternakan. Projek penapis air ini bertujuan untuk membangunkan sistem penapisan air yang efektif dalam menyingkirkan bahan pencemaran, kotoran, dan sisa organik dari air. Reka bentuk Mini Aqua Filt bertingkat dapat mengurangkan kekerapan untuk membersihkan alat penapis sistem ternakan. Penggunaan UV(ultraviolet) dan an sabut kelapa dalam sistem ternakan sebagai media penapis dapat mengurangkan bacaan parameter ammonia dalam air ternakan.