EX497: MU - BOARD : MEMBACA ULANG DIGITAL BERASASKAN MYVIEWBOARD

SHAHRUL NIZA BINTI AHMAD SEKOLAH RENDAH ISLAM TARBIAH AL-AWLADIAH

MIIX26 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Kajian dan pemerhatian dalam PdP mendapati murid mampu membaca teks tetapi lemah dalam memahami isi kandungan. Kaedah konvensional kurang menarik minat murid dan menyebabkan penglibatan aktif yang rendah. Inovasi MU-Board: Membaca Ulang Digital Berasaskan myViewBoard dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman bacaan murid melalui pendekatan membaca ulang secara interaktif dan berasaskan teknologi digital. Inovasi ini mengintegrasikan penggunaan myViewBoard dalam aktiviti PdPC bagi meningkatkan penglibatan aktif murid semasa proses pembelajaran. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan yang positif dalam pencapaian murid. Kefahaman bacaan murid meningkat daripada 40% kepada 50%, manakala penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan meningkat daripada 30% kepada 50%. Selain itu, murid didapati lebih aktif, yakin dan berani memberi respon semasa sesi PdPC berlangsung. Secara keseluruhannya, dapatan ini membuktikan keberkesanan MU-Board sebagai inovasi PdPC digital interaktif dalam memperkasa kefahaman bacaan serta meningkatkan penglibatan dan keyakinan murid dalam pembelajaran.