HS133: MISTY MINT

RANIA ADANEY BINTI AHMAD NUBLI SMK DATO' AHMAD MAHER

MistyMint adalah stik dua-dalam-satu yang menyegarkan dengan dua jenis. Ia mempunyai inhaler yang boleh dihidu dan juga mempunyai bahagian roll yang memudahkan penggunaannya. MistyMint dapat membantu orang ramai untuk melegakan selesema, sakit kepala, masalah tidur, dan sakit otot. Saiz penyegar ini kecil, menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu, penyegar ini menggunakan bahan selamat seperti mentol, minyak peppermint, eukaliptus, dan kamper, serta sangat selamat digunakan oleh semua peringkat umur dan juga boleh digunakan oleh umat Islam. Ia juga berpatutan dan murah. OBJEKTIF: untuk membantu pengguna sentiasa merasa segar. METODOLOGI: bahagian inhaler boleh digunakan untuk dihidu bagi membantu anda merasa segar apabila mengantuk di dalam kelas dan membantu memberikan rasa sejuk atau selesa. Bahagian roll boleh digunakan pada kawasan yang tidak selesa dan boleh mengoleskan minyak pada tempat yang digulung. KEPUTUSAN: Membantu orang untuk merasa lebih segar dan bersemangat menjalani hari mereka.

 

Keywords: Mistymint, menyegarkan minda