HS280: PENGHASILAN MEJA KAYU MODULAR UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN PDPC DAN AKTIVITI AMALI DALAM BENGKEL PROGRAM TEKNOLOGI REKA BENTUK PRODUK BERASASKAN KAYU

MUHAMMAD FATIH BIN MOHD IBRAHIM KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

Projek ini melibatkan pembangunan sebuah perabot kayu pelbagai fungsi yang direka khusus untuk mengoptimumkan pengurusan alatan serta meningkatkan efisiensi ruang di bengkel pertukangan. Unit ini berfungsi sebagai sistem storan sistematik bagi peralatan kuasa seperti mesin gerudi tanpa kord (coreless), jigsaw, dan bahan pertukangan lain, di samping diintegrasikan dengan sistem pendawaian elektrik sebagai unit penyambung kuasa (extension) mudah alih. Inovasi ini bertujuan untuk memudahkan urusan pensyarah semasa sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), terutamanya ketika mendemonstrasikan teknik kerja serta mempermudah aktiviti amali pelajar di bengkel. Dengan menyediakan capaian alatan dan punca kuasa yang lebih ergonomik, perabot ini secara langsung membantu melancarkan aliran kerja, meningkatkan tahap keselamatan, dan mewujudkan persekitaran pembelajaran teknikal yang lebih kondusif dan praktikal.


Kata Kunci: Perabot Bengkel, Storan Alatan Kuasa, Integrasi Elektrik, PdPc Teknikal, Amali Bengkel, Inovasi Pendidikan