US244: TROLLEY MIX STAIR

AHMAD ZAFRI BIN MOHD AZHRI KOLEJ VOKASIONAL KLANG

Pelajar menghadapi masalah membawa barang yang banyak dari stor dan perlu berulang alik untuk mengambil barangan dari stor. Keadaan ini telah menyumbang kepada pembaziran masa dan tenaga. Projek ini bertujuan membangunkan produk inovasi yang dinamakan Trolley Mix Stair berasaskan logam besi berdasarkan reka bentukmenggunakan perisian Sketchup bagi mengatasi masalah kajian untuk kegunaan pelajar Program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang. Pelaksanaan pembangunan projek adalah berpandukan fasa pembangunan reka bentuk Model A.D.D.I.E yang terdiri daripada lima fasa iaitu Analysis (mengenal pasti bahan dan kos), Design (mereka bentuk projek), Development (membangunkan produk berdasarkan reka bentuk yang dihasilkan), Implemantation (menggunakan produk), dan Evaluation (menilai keberkesanan produk dalam menyelesaikan masalah kajian). Penyelidik telah menjalan kan soal selidik menggunakan Google Form untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan produk dan dianalisis berdasarkan kaedah statistiK dekskriptif. Seramai 32 orang pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang telah terlibat sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memberikan maklum balas yang positif terhadap produk inovasi Trolley Mix Stair yang dibangunkan. Secara keseluruhannya dapatan ini memberikan implikasi bahawa pembangunan produk inovasi ini berjaya mencapai objektif kajian dalam menyelesaikan masalah kajian. Cadangan untuk penambahbaikan bagi kajian seterusnya, hollow steel yang digunakan digantikan dengan aluminium steel agar produk menjadi lebih ringan.