US337: KIT PERMAINAN 'SALTOPOLY' SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR TOPIK GARAM

KHISHALINNI A/P M.MEGANATHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kit permainan Saltopoly dibangunkan menggunakan model reka bentuk ADDIE dan menepati standard kandungan topik Garam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Tingkatan 4. Matlamat utama pembangunan kit ini adalah untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar di sekolah. Kit ini mempunyai nilai kebolehgunaan yang tinggi dengan nilai min bagi kebergunaan permainan adalah 3.81 (SP=0.37), kemudahgunaan pengguna 3.73 (SP=0.42), kemudahpelajaran permainan 3.80 (SP=0.38) dan kepuasan 3.80 (SP= 0.36). Kesimpulannya, kit permainan Saltopoly dapat membantu para guru untuk mengaplikasikan strategi pengajaran berasaskan permainan secara koperatif dan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan menarik. Kit ini mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari STEM.