NOOR FAIZAH BINTI YAHYA POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
Pengenalan kursus Human Resource Development (HRD) membuka ruang kepada pelajar untuk meneroka kerjaya yang lebih spesifik berkaitan Human Resource (HR). Namun, kadang-kadang pelajar mengalami kekeliruan dan kesukaran untuk mengenal pasti kerjaya yang sesuai dengan personaliti dan potensi diri mereka. Kekurangan alat bimbingan kerjaya yang sistematik dalam bidang HR menyebabkan pelajar membuat pilihan kerjaya secara umum tanpa memahami peranan khusus dalam bidang (HR). Sehubungan itu, inovasi ini dibangunkan bagi membantu pelajar mengenal pasti kesesuaian kerjaya dalam bidang HR berdasarkan jenis personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI).
Inovasi ini berbentuk modul interaktif yang menggabungkan ujian MBTI dengan pemetaan kerjaya HR seperti pengambilan dan pemilihan, latihan dan pembangunan, perhubungan industri, pampasan dan faedah, serta pembangunan organisasi. Melalui inovasi ini, pelajar akan memperoleh profil personaliti dan cadangan kerjaya HR yang bersesuaian .
Pelaksanaan inovasi ini menunjukkan peningkatan tahap kesedaran kendiri, kefahaman terhadap fungsi HR, serta keyakinan pelajar dalam merancang hala tuju kerjaya mereka. Inovasi ini bersifat praktikal, mudah digunakan, dan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kaunseling kerjaya. Oleh itu, inovasi ini berpotensi menjadi salah satu platform yang berkesan dalam membantu pembangunan kerjaya pelajar secara lebih terarah dan berasaskan personaliti MBTI.