US209: LECTURER ROOM ALERT SYSTEM (LRAS)

RAOUF TAQIYUDDIN AT-THALITH BIN MUSA KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

Perkembangan teknologi Internet of Things (IoT) dalam sektor pendidikan telah mewujudkan peluang kepada pembangunan sistem pintar yang mampu meningkatkan kecekapan pengurusan serta komunikasi di institusi pendidikan. Lecturer Room Alert System (LRAS) berasaskan IoTdibangunkan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan perjumpaan antara pelajar dan pensyarah di Kolej Vokasional Shah Alam. LRAS menggunakan Arduino Nano dan modul nRF24L01 bagi mengatasi masalah ketidakpastian keberadaan pensyarah dan ketiadaan rekod kehadiran sistematik. Menggunakan metodologi Agile, sistem ini dinilai melalui soal selidik terhadap 21 responden. Hasil kajian menunjukkan 95.2% responden bersetuju LRAS mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan keberkesanan komunikasi, manakala 100% menyokong penggunaannya sebagai alternatif kaedah manual. Kesimpulannya, LRAS merupakan penyelesaian inovatif yang berkesan untuk pengurusan komunikasi di institusi pendidikan dengan potensi penambahbaikan melalui sensor pergerakan masa nyata.