NUR NAJIHAH AMALINA BINTI NURAZLIN KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA
“HexaPop Learning” ialah alat pembelajaran interaktif yang membantu pelajar memahami prinsip reka bentuk secara mudah dan menyeronokkan. Menggabungkan bentuk hexagon dan elemen pop-up, ia membolehkan pelajar meneroka konsep seperti keseimbangan, pengulangan, aturan, keringkasan, penumpuan, skala, irama, dan keanekaan melalui manipulasi bentuk dan ruang. Pendekatan praktikal ini menjadikan pembelajaran lebih visual, interaktif, dan mudah difahami.