DING WEN YI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Kit Stoichmarble Balance dibangunkan menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan berdasarkan model ADDIE, dan menepati standard kandungan topik Persamaan Kimia Tingkatan 4. Kit ini sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ia menerapkan elemen pembelajaran berasaskan permainan dan koperatif. Kebolehgunaan kit dianalisis berdasarkan tiga konstruk utama, iaitu reka bentuk (min 4.65, SP 0.52), kepuasan (min 4.75, SP 0.44) dan kebergunaan (min 4.70, SP 0.51). Kesimpulannya, kit Stoichmarble Balance bermanfaat kepada guru dan pelajar kerana ia mampu menyelesaikan masalah kesukaran pelajar dalam menulis persamaan kimia seimbang dan penukaran daripada perkataan kepada simbol kimia.