QISTINA BATRISYA BINTI MOHD AMRUL KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH
Salah satu prinsip dan konsep dalam perakaunan adalah sistem catatan bergu yang mana setiap urusniaga perlu dicatat sekurang-kurangnya dua akaun iaitu satu catatan di sebelah debit dan satu lagi di sebelah kredit. Konsep ini digunapakai dalam topik catatan jurnal. Pelajar didapati sukar untuk menguasai topik catatan jurnal ini kerana masih lemah dan belum menguasai sepenuhnya akaun-akaun yang terlibat dalam setiap urusniaga dan sukar menentukan akaun mana yang perlu dicatat disebelah debit dan kredit. Oleh itu, salah satu kaedah yang boleh dibuat adalah dengan mengasingkan akaun-akaun kepada lapan kumpulan yang utama. Inovasi ini dipanggil sebagai Carta Akaun. Melalui Carta Akaun ini, pelajar dapat membuat catatan jurnal dengan mudah.