SITI ZURAINI BINTI MOHD ZAIDI SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA
SMART CeB 3B ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah virtual reality yang dapat menarik minat murid pemulihan dan murid Tahun 1 yang lemah untuk belajar membaca dengan cepat menggunakan video VR yang menarik. SMART CeB 3B bermaksud Ce untuk cepat, B untuk baca dan 3B bermaksud 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Inovasi ini diharap dapat membantu murid pemulihan dan murid Tahun 1 menguasai kemahiran literasi membaca dengan lancar sejajar dengan saranan Menteri Pendidikan yang telah memperkenalkan konsep IK Intervensi Kurikulum di seluruh sekolah bagi mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Inovasi ini dapat memberi pendedahan STEM kepada murid sekolah rendah dengan penggunaan telefon pintar dan VR Box. Inovasi ini juga direka dengan adanya lampu pengesan suara yang berwarna warni agar dapat menarik minat murid terutamanya murid Tahun 1 untuk fokus menyebut huruf dan sukukata yang dipelajarinya. Sebagai penghargaan murid yang telah menguasai kemahiran membaca, murid berpeluang menonton video VR 360 Sains menggunakan VR Box. Secara tidak langsung berlaku penerapan elemen merentasi kurikulum antara subjek Bahasa dengan subjek Sains.