SALI ZUR'AIN BINTI ZULKEFLI KOLEJ VOKASIONAL TAWAU
Produk Parkia speciosa Body Soap merupakan sabun mandian berasaskan ekstrak semula jadi daripada Parkia speciosa yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai sifat antibakteria serta antimikrob. Kajian ini bertujuan membangunkan formulasi sabun yang bukan sahaja membersihkan kulit secara menyeluruh, malah membantu mengatasi masalah kulit seperti kegatalan dan jerawat badan. Berbanding sabun komersial yang mengandungi bahan kimia sintetik dan pewangi tiruan, produk ini diformulasikan dengan bahan lebih lembut bagi mengurangkan risiko iritasi. Ujian awal menunjukkan penggunaan berterusan membantu menenangkan kulit, mengurangkan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat serta memberikan rasa segar dan selesa sepanjang hari.