FARALIZA BINTI HASSAN SHOKRI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
Projek ini bertujuan untuk mengkaji mikroalga Spirulina Platensis dalam menghasilkan tenaga elektrik menggunakan kaedah Microbial Fuel Cell (MFC) dengan kesan kepekatan S. platensis yang berbeza terhadap penghasilan tenaga yang stabilan sepanjang 15 hari. Selain itu, kajian ini juga menilai pengaruh kepekatan optik (OD) terhadap pertumbuhan S. platensis. Objektif utama pada projek ini adalah untuk menentukan kepekatan S. platensis yang optimum bagi menghasilkan tenaga tertinggi secara konsisten. Metodologi kajian melibatkan penyediaan lima kepekatan S. platensis yang berbeza dalam sistem MFC dimana tenaga yang dihasilkan direkodkan setiap dua hari selama 15 hari. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kepekatan S. platensis yang lebih tinggi menghasilkan tenaga yang lebih stabil dan konsisten. Kepekatan 5 menghasilkan voltan tertinggi secara konsisten dan pertumbuhan yang optimal. Kesimpulannya, projek ini berjaya membuktikan bahawa kepekatan S. platensis yang lebih tinggi memberikan penghasilan tenaga yang lebih baik dalam sistem MFC. Hasil menunjukkan bahawa kepekatan 5 adalah yang terbaik bagi penghasilan tenaga elektrik secara konsisten sepanjang 15 hari. Kajian ini memberikan maklumat penting dalam pembangunan sumber tenaga hijau serta boleh dijadikan asas untuk penyelidikan lanjut bagi meningkatkan kecekapan sistem MFC.