NOR HAFIZAH BINTI ABU KOSHIN KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
Baja organik adalah baja semulajadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan. Baja organik ini juga sering digunakan dalam bidang pertanian namun penggunaan baja organik tersebut semakin berkurang kerana mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasil tanaman. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan dan mengkaji keberkesanan baja organik yang diperbuat daripada campuran sisa bongkah cendawan dan baja tahi ayam terhadap pertumbuhan Solanum melongena. Kajian ini untuk mengkaji keberkesanan baja organik terhadap pertumbuhan S.melongena dari segi ketinggian pokok, kelebaran daun dan pengeluaran bilangan buah yang dihasilkan setiap pokok. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan tempoh pertumbuhan tanaman ini apabila menggunakan ketiga-tiga baja yang berbeza, laitu campuran sisa bongkah cendawan dan baja tahi ayam, baja sisa bongkah cendawan dan baja tahi ayam. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hasil yang dihasilkan selama 8 minggu.