HS55: MAGIC SCRUBEGGS POWDER

SHAHMIN NAKIB BIN MOHAMAD NORMAN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

Magic Scrubeggs Powder adalah serbuk pencuci yang menggunakan kulit telur sebagai bahan utama. Serbuk pencuci ini juga adalah selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Selain itu, Magic Scrubegss Powder juga berkesan dalam menghilangkan kotoran degil, menyahbau serta menyahkuman pelbagai jenis material seperti simen, besi, fabrik dan sebagainya. Malah Magic Scrubeggs Powder juga tidak akan mencemar alam sekitar kerana kandungan bahan-bahannya terdiri daripada sebatian yang selamat dan tidak berbahaya. Oleh itu, Magic Scrubeggs Powder adalah satu inovasi yang mapan dari segi ekonomi dan alam sekitar serta berdaya maju.