EX148: UPPBG GRASP

NUR ZURIA HARYANI BINTI ZAKARIA KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI

MIIX26 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Pembudayaan penulisan telah mendorong banyak penghasilan karya penulisan dalam kalangan pensyarah di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi. Unit Penyelidikan dan Penerbitan (UPP) KPTM Bangi telah menerima dan menguruskan hasil penulisan yang mana kian bertambah dari tahun ke tahun. Sebelum ini, bagi prosedur penerbitan pihak UPP hanya menyediakan alamat email UPP bagi tujuan penghantaran hasil penulisan dan pihak UPP perlu mengumpul secara manual bagi setiap karya-karya yang dihantar. Justeru itu, bagi memudahkan prosedur penghantaran hasil penulisan yang lebih teratur dan efisien, pihak UPP telah menyediakan inisiatif platform UPPBG GRASP. UPPBG GRASP merupakan satu platform “Google Site” yang direkabentuk untuk memudahkan capaian para penulis. Setiap penulis dapat memuatnaik sendiri karya penulisan mereka dan membuat semakan kendiri sama ada maklumat yang diperlukan untuk proses penerbitan telah lengkap.