MUHAMMAD ADAM BIN MUHIDIN KOLEJ VOKASIONAL IPOH
USH 1.0 KViP merupakan satu produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Vokasional Ipoh. Idea ini tercipta setelah kami melihat ada kekurangan pada Topi Keselamatan sedia ada. Setiap kali pembelajaran amali di bengkel, tenaga pengajar kami sentiasa mengingatkan kami untuk memakai Topi Keselamatan. Pada hari kami melaksanakan Pentaksiran Berterusan Amali bagi modul bumbung, kami dapati Topi Keselamatan sedia ada mempunyai kekurangan. Tenaga pengajar berada di bawah scaffolding, manakala kami berada di atas bumbung. Tenaga pengajar kami seorang perempuan, beliau mahu menilai hasil kerja kami di atas. Beliau terpaksa naik untuk memastikan hasil kerja kami adalah baik dan mematuhi standard yang telah ditetapkan. Bermula dari situlah idea inovasi untuk menghasilkan produk inovasi USH 1.0 KViP ini tercipta. Berteraskan konsep ingin memudahkan urusan orang lain. Kami kembangkan inovasi ini kepada produk inovasi yang boleh merakam progres kerja yang dilakukan, menjadi evidence jika berlakunya kemalangan, boleh memantau pergerakan kerja, memudahkan urusan komunikasi dua hala dan dapat memastikan ciri keselamatan sentiasa dipatuhi.