FATHIAH AFIQAH BINTI MOHD FAIRUZ UNIVERSITI SELANGOR
SolarXplore menangani isu kesukaran murid memvisualisasikan dinamik Sistem Suria melalui pembelajaran pasif. Kajian kualitatif ini menggunakan pemerhatian dan temu bual untuk menilai keberkesanan model interaktif. Murid diuji untuk melabel planet dengan tepat dan mensimulasikan orbit mengelilingi angkasawan secara fizikal. Hasil perbincangan menunjukkan pendekatan kinestetik ini meningkatkan daya ingatan dan pemahaman revolusi planet berbanding kaedah statik. Kesimpulannya, SolarXplore membuktikan bahan kos rendah mampu menjadi alat bantu mengajar yang efektif dalam meningkatkan literasi sains angkasa. Inovasi ini berjaya menukarkan konsep abstrak kepada pengalaman praktikal yang inklusif dan menyeronokkan bagi murid.