CHE NOR AIN NASUHA BINTI CHE ROSLI KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
Produk inovasi 2in1 Herbal Hair Tonic ini menggunakan Daun Bunga Raya dan Halba sebagai bahan utama
dalam produk yang dihasilkan. Daun Bunga Raya sangat baik untuk merangsang pertumbuhan rambut.
Beberapa kajian juga telah dijalankan, antaranya kajian Ali (2010) yang bertajuk “Cytotoxicity of Hibiscus
Rosa-Sinensis Extract’ mengatakan bahawa Daun Bunga Raya membantu dalam merawat kesuburan
rambut. Daun Bunga Raya kaya dengan Vitamin C dan mineral dimana dua komponen ini sangat penting
untuk mendapatkan rambut yang sihat. Manakala Halba dipilih sebagai bahan utama kerana mengandungi
nutrient yang sangat tinggi iaitu asid amino, kalsium, asid lemak, Vitamin B1, B2, B3 dan C. Nutrient
tersebut membantu mengurangkan masalah rambut gugur, mengurangkan kelemumur dan sebagainya.
Produk ini juga menggunakan Daun Pudina sebaga bahan sampingan dimana, Daun Pudina membantu
merehatkan otot dan mengurangkan kesakitan. Jadi selain daripada merawat rambut, produk ini boleh
melegakan sakit kepala. Kami juga menggunakan Bunga Mawar Kering untuk mendapatkan wangian
semulajadi. Ekstrak dari kesemua bahan ini diambil dan disatukan menjadi Hair Tonic. Hasilnya, produk
ini telah digunakan oleh beberapa individu dan telah berjaya membantu untuk masalah rambut individu
tersebut. Sangat besar harapan kami untuk memastikan produk inovasi ini mendapat permintaan yang tinggi
dalam kalangan pengguna.