EX419: Model O.P.I

Nurhafizah Binti Zaidi Kolej Vokasional Pasir Gudang

MIIX25 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 28 times | LS: 28.0
Like it? | Support them now!

Model O.P.I dihasilkan bertujuan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap topik putaran. Putaran merupakan subtopik dalam tajuk Penjelmaan bagi Matematik Sijiil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 3. Kebanyakan pelajar lemah dan sederhana sukar untuk mengingati serta menguasai subtopik ini. Model O.P.I merupakan singkatan kepada Objek, Pusat, Imej yang digunakan sebagai kaedah pantas untuk pelajar mengenal pasti imej bagi suatu objek apabila diberi pusat putaran. Model ini hanya memerlukan kertas dan pensel dan sama sekali tiada kos diperlukan. Dapatan daripada purata skor markah bagi soalan latihan melibatkan Putaran yang dijalankan ke atas 10 orang pelajar telah menunjukkan peningkatan sebanyak 70%.