US109: Smart Trolley Lifting With Integrated Stair

Dinie Hazmie Bin Zamri KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

Projek Trolley Lifting dibangunkan sebagai satu inovasi untuk memudahkan kerja mengangkat, memindahkan, dan menyusun barang berat di bengkel yang mempunyai ruang sempit dan terhad. Troli ini menggabungkan struktur beroda dan tangga di bahagian hadapan, membolehkan satu peralatan melaksanakan pelbagai fungsi secara praktikal, efisien, dan fleksibel digunakan di lorong atau sudut sempit. Projek ini bertujuan menjimatkan masa, meningkatkan keselamatan pengguna, dan mengurangkan risiko kecederaan seperti sakit belakang, keletihan otot, dan terjatuh ketika mengangkat atau memindahkan barang secara manual. Selain itu, troli ini membolehkan penyusunan barang ke rak tinggi dilakukan dengan lebih mudah, selamat, dan sistematik, mengoptimumkan penggunaan ruang bengkel serta memudahkan pengurusan inventori.