EX232: Merit Demerit System (MeDS) - Aplikasi Pengiraan Mata Merit

MAZNAH BINTI MIOR AHMAD MRSM Bagan Datuk

MIIX26 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

MERIT DEMERIT SYSTEM (MeDS)

MAZNAH BINTI MIOR AHMAD
[email protected]

SITI KURSIAH BINTI MOHIDIN
[email protected]

 

ABSTRAK

Sistem Merit Demerit (MeDS) merupakan aplikasi yang dibangunkan bertujuan mengautomasikan pengiraan mata merit/demerit pelajar MRSM Bagan Datuk, berdasarkan penglibatan aktiviti individu dan kumpulan Homeroom.  Ia diwujudkan bagi menggantikan Modul Merit sedia ada di sistem e-Guru kerana terdapat ralat dalam perekodan dan pengiraan mata merit. Objektif pembangunan aplikasi ini adalah untuk mewujudkan pangkalan data aktiviti pelajar yang boleh dikongsi dan dicapai pada bila-bila masa disamping menyelaraskan pengiraan markah merit/demerit setiap pelajar/Homeroom. Pelaksanaannya juga dapat menggalakkan penglibatan setiap pelajar/Homeroom dalam aktiviti ko-kurikulum/kurikulum. Aplikasi MeDS dibangunkan menggunakan aplikasi Microsoft Power Apps sebagai platform pembangunan dengan Java sebagai Bahasa Pengaturcaraan dan Microsoft Sharepoint sebagai pangkalan data. Ia boleh diakses menggunakan pelbagai peranti termasuk komputer, tablet dan telefon pintar yang disambungkan kepada capaian Internet pada bila-bila masa tanpa batasan lokasi. Aplikasi MeDS dibangunkan dengan tiga (3) Modul Fungsi iaitu Guru, Pentadbir (Admin) dan Pengurusan. Para guru dapat merekod maklumat merit/demerit pelajar/Homeroom secara konsisten berdasarkan fungsi masing-masing manakala penasihat Homeroom dapat melaporkan dan melihat maklumat merit kumpulan dan ahli Homeroom. Jawatankuasa Merit Demerit Maktab pula dapat menyediakan pelaporan mata merit bagi setiap Kumpulan Homeroom mengikut tempoh masa yang dikehendaki. Maklumat merit individu juga dapat membantu pihak pengurusan memantau penglibatan pelajar dalam aktiviti kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan kepimpinan. Sebagai kesimpulan, aplikasi MeDS dapat memberi manfaat kepada seluruh warga MRSM Bagan Datuk dalam menguruskan maklumat merit/demerit pelajar dan kumpulan Homeroom secara lebih sistematik dengan capaian yang lebih mudah pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti.