MOHAMED ASMADI BIN MOHD NOR SK BANDAR TENGGARA 1
Projek Taskforce Sofball merupakan sebuah projek khas yang dibentuk untuk SK Bandar Tenggara 1 dalam memberikan pengenalan kepada warga sekolah dan mencipta nama di sukan Sofball. Projek ini dirangka dengan cukup teliti dari awal penubuhan pasukan taskforce sehingga kepada pencapaian murid. Ia meliputi banyak peringkat dan kerjasama daripada ahli pasukan dan pihak sekolah. Projek ini akhirnya membuahkan hasil apabila di tahun pertama penubuhannya 2024, telah berjaya mendapat pencapaian memberansangkan apabila pasukan sekolah muncul naib juara daerah kulai, dan beberapa atlit sekolah telah berjaya terpilh mewakili negeri dan ke peringkat kebangsaan sebelum muncul juara kebangsaan.