HS181: PURE TEXTURA

ALIYA NABILA BINTI AHMAD NAJIB SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI

Pada tahun 2018, Malaysia telah membuang sebanyak 195,300 tan fabrik ke tapak pelupusan. Jumlah sisa tekstil meningkat dari 2.8% pada 2012 kepada 6.3% pada 2018. Ramai individu membuang pakaian lama tanpa berfikir, menyumbang kepada kitaran penggunaan berlebihan yang menjejaskan alam sekitar. Sebagai penyelesaian, kami memperkenalkan Pure Textura, bahan inovatif yang membantu mengurangkan sisa tekstil dan menggantikan penggunaan plastik dalam produk harian. Pure Textura boleh diubah menjadi pelbagai produk seperti pemadam papan putih dan pasu bunga. Dengan inovasi ini, kami berharap dapat menyokong usaha ke arah bumi yang lebih lestari.