US284: ARABITASTIC

NURULHANAN BINTI ADAM UNISZA

Pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar sering berdepan pelbagai cabaran yang menjejaskan keberkesanan penguasaan bahasa tersebut. Antara isu utama ialah tahap motivasi pelajar yang rendah, di mana ramai pelajar tidak berminat untuk mempelajari bahasa Arab kerana menganggapnya sukar dan tidak relevan dengan kehidupan seharian. Justeru itu, inovasi modul 'Arabitastic' ini dibangunkan bagi memperkenalkan pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang menyeronokkan, mudah difahami dan mampu menarik minat pelajar serta orang awam. Modul ini direka khas tanpa bergantung kepada kaedah pengajaran yang kompleks, sebaliknya menekankan penggunaan aktiviti yang interaktif dan menghiburkan. Pendekatan ini menjadikan proses pembelajaran lebih santai namun tetap berkesan. Antara keistimewaan modul ini ialah pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan yang mampu merangsang komunikasi dua hala, membina semangat kerjasama dan menggalakkan pembelajaran secara aktif. Dengan menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan, modul ini diyakini mampu menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih menarik dan mesra pengguna dari pelbagai latar belakang.