NIK JAMILAA DAMIA RIZQI BT NIK MOHD FAIZA SMK DATO’ AHMAD MAHER
NUTRITIOUS GUMMY diperbuat daripada stevia, gelatin, epal hijau, dan pewarna makanan. Pada masa kini, kuasa media sosial telah banyak mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, untuk mengekalkan kesihatan yang baik, kita perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan harian bagi mengelakkan risiko kesihatan pada masa hadapan. OBJEKTIF: Produk ini dijamin selamat dan dapat membantu membentuk gaya hidup sihat. METODOLOGI : 1. Basuh dan potong epal hijau. 2. Kisar epal sehingga menjadi pes cair. 3. Tapis campuran untuk mengekstrak jus epal hijau. 4. Campurkan jus yang telah diekstrak dengan pewarna makanan hijau dan kacau hingga sebati. 5. Tambahkan satu titis stevia dan kacau. 6. Masukkan gelatin yang telah disediakan dan kacau sehingga larut. 7. Panaskan campuran sehingga mula menggelegak. 8. Tuangkan campuran ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. 9. Setelah mengeras, produk sedia untuk dimakan. HASIL: Nutritious Gummy mempunyai kualiti tinggi dan membantu mengawal paras gula dalam badan. KESIMPULAN: Nutritious Gummy adalah penyelesaian terbaik, terutamanya untuk kanak-kanak yang sukar mengawal pengambilan gula harian mereka. Ia dapat membantu mengelakkan masalah berkaitan diabetes. Apa yang kita makan itu penting, tetapi apa yang diserap oleh badan adalah lebih penting.
Kata Kunci : badan sihat, minda cergas