IRHAMNA FIKRI BIN FADLI FIZARI SEKOLAH TENGKU BUDRIAH
Inovasi Highway Division Kit diperkenalkan untuk membantu murid seawal prasekolah serta Tahun 1 dan Tahun 2 menguasai konsep bahagi tanpa baki secara lebih jelas dan bermakna. Kit ini menggunakan kereta mainan mini sebagai bahan pembahagian, manakala kad jalan raya berfungsi sebagai kumpulan. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan, murid dapat mengagihkan objek secara sama rata dan memahami konsep bahagi secara konkrit. Inovasi ini dibangunkan bagi mengatasi masalah murid yang sukar memahami konsep abstrak dalam matematik. Pelaksanaan aktiviti ini menunjukkan peningkatan kefahaman, minat serta penglibatan aktif murid. Selain itu, inovasi ini mudah dilaksanakan, menjimatkan kos dan sesuai digunakan dalam pengajaran harian di mana sahaja termasuklah di sekolah dan di rumah.