IZZAH ATIRAH BINTI KHAIRUL NIZAM SMK GERIK
Akuaponik ialah gabungan dua sistem: akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik (penanaman tumbuhan tanpa tanah). Melalui integrasi ini, satu sistem saling berkait diwujudkan, di mana sisa daripada ikan akan diubah menjadi nutrien untuk tumbuhan, manakala tumbuhan pula membantu membersihkan air untuk ikan. Inovasi ini direka dalam bentuk sistem raft menggunakan bahan kitar semula dan mesra alam, sesuai dijadikan alat bantu mengajar serta projek pembelajaran berasaskan amali. Beberapa cabaran utama yang mendorong kepada tercetusnya inovasi ini termasuklah,Kos permulaan sistem akuaponik yang tinggi,kawalan kualiti air yang kompleks dan memerlukan pemantauan berterusan dan keterbatasan dari segi skala pengeluaran, terutamanya dalam ruang terhad seperti di sekolah atau kediaman bandar. oleh itu inovasi pada reka bentuk akuaponik telah di lakukan dengan menjadikannya kepada saiz yang lebih mini agar lebih mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Bahan-bahan yang Digunakan untuk menghasilkan produk ini ialah seperti, Meja kayu (kitar semula),botol mineral plastik terpakai (4 unit), hidroton (1 kg), ikan laga (1 ekor), air dan Anti-klorin, cocopeat, tali jut (2.5 meter) ,pucuk bayam Brazil, LED grow light dan spray hitam.
Keistimewaan dan Keunikan Reka Bentuk mini akuaponik ini adalah penggunakan bahan terpakai seperti botol dan meja lama, tidak memerlukan pam atau sistem mahal, ringan dan mudah dipindahkan atau dibersihkan,menggalakkan budaya kitar semula dan penggunaan air secara cekap,tiada bahan kimia berbahaya digunakan, nutrien daripada sisa ikan diserap tumbuhan, sementara tumbuhan membantu menapis dan membersihkan air, jimat Ruang, reka bentuk menegak membolehkan penggunaan di ruang kecil seperti dapur atau balkoni dan sesuai untuk Pendidikan dan eksperimen. Fungsi Inovasi bagi produk ini sangat membantu dalam menghasilkan makanan secara lestari,menyokong kitar semula nutrien dan air,membersih serta menapis air secara semula jadi dan sesuai untuk digunakan dalam kawasan sempit dan mempercepatkan pertumbuhan tanaman melalui sistem yang stabil. Faedah kepada pihak sekolah ialah dapat membantu meningkatkan pembelajaran STEM secara praktikal,mendidik pelajar tentang penjagaan alam sekitar,menggalakkan kreativiti serta pemikiran inovatif dan menjadi sumber makanan untuk warga sekolah.Seterusnya, faedah bagi komuniti ialah dapat menjana pendapatan melalui hasil ikan dan sayur,menyebarkan kesedaran mengenai makanan sihat dan mengukuhkan hubungan sosial melalui kolaborasi.Akhir sekali, faedah kepada alam sekitar ialah Mengurangkan penggunaan air secara tidak lestari,mengelakkan pencemaran bahan kimia dan menyokong kelestarian melalui kitar semula.