MUHAMMAD HAZIQ BIN ZAINUDIN Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan
Kajian ini menilai kesan penggunaan Lactobacillus casei dan telur sebagai foliar terhadap pertumbuhan Abelmoschus esculentus. Kajian ini juga membandingkan pertumbuhan A. esculentus yang diberikan foliar gabungan L. casei dan telur dengan tanaman tanpa foliar. Hasil kajian menunjukkan bahawa foliar tersebut membantu mempercepatkan pertumbuhan A. esculentus berbanding tanpa penggunaan foliar. Selain itu, foliar ini turut menyumbang kepada keseimbangan pH tanah dengan meneutralkan pH tanah menjadikannya lebih sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Secara keseluruhannya, penggunaan foliar ini terbukti memberi manfaat kepada pertumbuhan A. Esculentus dan boleh menjadi alternatif yang tidak berbahaya kepada alam berbanding penggunaan baja sintetik sepenuhnya.