ASZE NORELYA BINTI ABDUL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Kit permainan The Acid-Base Odyssey: Bingo Bash dibangunkan berdasarkan standard kandungan topik Asid dan Bes Tingkatan 4 serta direka bentuk menggunakan pendekatan model ADDIE. Hasil kajian mendapati kesahan muka adalah 95%, manakala kesahan kandungan adalah 94%. Nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha kajian rintis adalah 0.936, menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Berdasarkan statistik deskriptif, nilai min bagi konstruk kebergunaan permainan adalah 3.70 (SP=0.460), kemudahgunaan 3.69 (SP=0.465), kemudahpelajaran 3.77 (SP=0.422) dan kepuasan 3.74 (SP=0.442). Kesimpulannya, kit ini berpotensi membantu guru dalam melaksanakan sesi PdP dengan mengetengahkan elemen inovasi pengajaran berasaskan permainan secara koperatif, dan seterusnya menjadikan pengajaran lebih menarik dan bermakna untuk pelajar.